Belum terlewat lagi kut nak ucap Selamat Hari Raya (raya kan sebulan :) )...maaf zahir dan batin..
dah lama tak masuk sini..apa khabar semua?
syok bila login kat sini..bila tengok profil tu..tang umur tak penah bertambah.. :)
btw..pagi tadi kat MHI disiarkan 2 foto aksi anak2 sedaraku pada 1 syawal..(aku la yg terlebih gatai tangan pi send these photos utk disiarkan..excited lebih sbb anak2 seniri semua dah besar.. hehe)..
agak teruja sikit bila tengok slot akasia tv3 ptg tadi....dah baca novel ni..tajuk drama nora elena..nama watak heroin dalam novel kasih yang suci..
tapi selalunya drama yang diadaptasi dari novel2 ni kurang best berbanding ngan novel..kecualilah kalau penulis skrip dan penulis novel adalah orang yang sama..e.g. drama trilogi cinta..best kan..
episod pertama ptg tadi pun dah ada part yang berbeza dengan yg dlm novel..watak seth tan dlm novel adalah 100% chinese..yang convert to islam bila nak kawen dgn nora elena..tp dalam drama dia ni adalah kacukan chinese malay..nak tengok nnt adakah akan ada babak seth tan masuk wad utk bersunat sebelum bernikah dengan nora elena..agak2 hadiah dalam kotak beriben merah hadiah dari bangkok tu kena cut ke tak?
pagi tadi bangun kul 4 pagi..ambik kakak kat b'worth..
bas a bit lambat..kul 6 lebih baru sampai..
so pagi ni tadak mood nak kemana2 pun..
menu pagi raya ni cuma ketupat pulut ngan kari ayam kampung..biskut raya 2 jenis dan sebijik kek pisang sempat bakar mlm tadi..(pisang utk kek tu pun di rembat belakang rumah...sampai ranum kat pokok..punya seboknya tuan umah hingga tak sempat nak jengok2 keliling umah..ramuan2 utk biskut pula adalah yg belen2 raya posa aritu..)
pagi ni goreng nasi sejuk malam tadi..sempoi punya raya..
sian kawan kakcik tadi...entah camna kaki dia terseliuh masa kat dapur tadi masa nak bawa piring2 dan gelas kotor...agak teruk rasanya..aku nak sapu minyak pun dia dah keriau sakit..terbantut niat dia nak pi ronda2 beraya..
dan org yg kekononnya balik kampung nak beraya..sedang beraya di atas katil dengan berjuadah taik mata..
semalam buat keja yg tak penah buat..pi kl balik hari..bertolak jam 9 pagi dari bagan..kul 9 mlm sampai bagan balik..letih gak la..tapi dek kerana keja hari ni..terpaksa gak la balik..
semuanya pasai kakak tertinggal sijil2 dia kat mahallah..dia dpt panggilan intview lat spra perubatan spa..last temuduga tu tak nak pi sbb terlalu excited dpt tawarn asasi..tup2 bila sampai panggilan yg ni..terketaq2 plak nak pi..
kul 1.30 sampai kat mahallah dia...dlm hujan lebat..ingat nak pi merendek2 dulu la sblm balik..tapi malas la dah nak pi mana2 dlm hujan2 ni...tunggu sampai hujan reda..tahan teksi..terus pi hentian duta..dpt bas kul 4.30 naik bas balik..tp dpt bas mengong...masuk ipoh..masuk taiping..bila tanya masa nak beli tiket tu kata bas direct pi bagan..huh...ni la 1st and last time aku naik bas syrkt ni..
selamat hari raya utk semua...mohon ribuan ampun maaf sekiranya ada keterlanjuran dlm sepanjang penglibatan kami di sini..
dah lama gak tak upload gambar kat sini sampai jenuh nak mengingat password kat photobaket tuh..n nak try upload gambar kat sini semula...fuhh..jenuh gak nak refresh..hehehe..
selsema mlm ni..berhujan siang tadi..awal2 ke sekolah..ada program jaya waris dan ambik laporan prestasi anak2..pas tu tolong buat2 sebok kat rumah BIL...kenduri naik rumah...depa dpt rumah free..baguih betoi..
tapi pi kenduri pun dah tadak mood...habih mood nak bersuka ria..semuanya gara2 tengok result periksa paksu..dan cerita cikgu kelas dia..
haih...susah betui..
dah tatau dah nak buat apa...nak cari cara bagi dia sedaq...bagi dia nampak apa yg org nak sampaikan...org sayangkan dia..
bagi nasihat...sehari dua ja ok...lps tu dah lupa apa yg org cakap..
dah lama tak bercerita kat sini..ntah la..tetiba rasa nak naip kat sini..
sebenarnya teringat kat kakak..mlm ni masak ikan cencaru sumbat goreng ..favorite dia..selalu buat 3 ekor..sekor tu bahagian dia..mlm ni buat 2 jer..sejak dia kat sana ni..selalu avoid masak makanan yg dia suka..tp mlm ni termasak plak..
(sebak) maknya plak yg lebih2 ni...isk..isk..
tadi cuma masak ikan cencaru tu ngan asam pedas ikan tenggiri..pas tu ada lagi sambal sotong tengahari tadi..cukup la..tapi nasi plak mentah..kak cik ntah dok berangan apa..buat keja tak concentrate jadi camtu lah..so nasi tu nnt besok jadi *nasik ayam*..
sedikit peringatan pada sapa2 yg belum buat penamaan EPF..terutamanya kaum wanita yang baru berkawen dan belum mempunyai anak..buat la cepat2..jgn bertangguh2..
bukannya apa..takut2 bila ajal dah sampai..mak bapak kita putih mata lak...bela anak bertahun2...lps 1-2 tahun kawen, anak meninggal..
mmg semua simpanan EPF tu akan dapat kat si suami...kalu kena suami yg ada ilmu agama ok la..mungkin dia ingat nak bagi sikit pada ibubapa kita..kalu kena yg haprak..joli katak la dia ngan duit kita..
mmg la kalu ikut hukum sisuami berhak atas harta arwah siisteri..tp since takder anak2 yg bakal mewarisi harta tu..mesti kita nak ibubapa kita dapat jugak habuan tu kan..
kena kut..ok laa...tak la banyak..lepas la nak wat makan2 under pokok jambu dpn umah my perents ptg ni..pasar malam kan ptg ni...mungkin sate, ais kacang, etc..etc..
nak wat makan2 sbb rasa gumbira sangat..
kakak called tadi..dah dapat tawaran matriks...Alhamdulillah...
hari ni hari malas masak..sementelah plak org yg perut-tak-leh-terima-benda-lain-selain-nasik ada gotong royong nak siapkan markas kat depan sana tu..ntah bila nak siapnya..dah berapa kali ahad dah..tak siap2 lagi..bikin spoil program hari minggu org..sabaq jer lah..dpt pahala tu..
so, lunch hari ni masa benda yg ringkas dan cepat dan sedap..
bakso...
memandangkan ni makanan org indon..susah nak dapat kat area sini..org indon yg ada kat sini, tadak yg meniaga makanan..tak mcm certain2 area lain kat mesia ni yg telah dikonker oleh depa ni..
resepi bakso ni dicilok dari myresepi..sedap..len kali leh buat lagi..
ni cerita menu malam kelmarin..kemarin malas nak update..
stok lam peti es tinggal daging saja..jenuh dok cari idea nak masak apa..stok brg kering yg lain byk yg dah abis..belum keluar pi shopping lagi..cili sos, sos tiram semuanya dah abis..ngan botol2 pun dah tadak..kat luar hujan lebat lak tu..suh org pi kedai pun tadak sapa yg bergerak..
so masak ngan apa yg ada kat dapur..
so jadi laa...daging masak lada hitam..minus sos tiram..rasanya not bad...makan ngan nasi berasap..diiringi dingin hujan..licin la periuk nasi malam kemarin tu..sos yg lebih tu plak dicarry forward ke tengahri tadi..jadi sosej bersos lada hitam lak...tp pix takdan aku nak snap..licin sbb arini jumaat, depa balik sekolah lebih awal drpd aku..
lauk tengahri kemarin..air tangan anak dara..hmmm...next week, kena lah aku take over balik masak utk lunch ni..bibik aku tu nak berubah angin..nak pi duk KL..nak tengok lama mana dia nak tahan...
Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.
Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.
Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.
Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!
Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???
Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!
Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"
Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.
"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."
Pangggggggggggggggg gggg....! labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.
"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".
Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.
SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!
KWANG3X..
TEKUN BACA EH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA X KAN NAK KENA SORANG2 PLAKKKKKKKKKKKK ....
debaran tunggu result spm dah pun hilang..elok tak elok result tu kena gak terima..
janji kakak nak naik pentas akan tertunai besok...insyaalah..i'm proud of you..
LK kakak dpt B+...mmg tak disangka2..kan dulu selalu aku dok cerita betapa risaunya aku bila tiap2 ujian dan exam dari form 4 hingga form 5 hanya sekali saja dia pass..yg satu tu pun cukup2 makan saja..
moga Allah permudahkan segala urusan dlm menempuh perjalanan hidupnya..amin.
Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami... Jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!
BUKU HARIAN ISTERI
Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.
Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang, dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".
Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.
Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".
Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....
Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....